Bandingkan Simpanan ASB Atau Akaun Tabung Haji? Mana Lagi Bijak!

Walau apa jua jenis pelaburan anda perlu mengenal pasti darjah risiko sama ada tinggi atau rendah. Platform pelaburan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia ialah pelaburan yang dijamin oleh Bank Negara Malaysia antarannya Amanah Saham Berhad dan juga Tabung Haji.

Disamping itu, platform ini menawarkan jenis peluang pelaburan yang berbaloi dalam mengekalkan tahap risiko yang rendah untuk pelabur.

Tapi, tentunya anda tahu, kelemahan melabur ke platform rendah risiko akan memulangkan keuntungan yang rendah.

Amanah Saham Berhad telah diwujudkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad demi menyediakan peluang simpanan kepada golongan bumiputera.

Manakala Tabung Haji ialah sebuah institusi kewangan islam yang dilancarkan oleh Ungku Abdul Aziz yang juga boleh dianggap sebagai pusat perkhidmatan untuk berbagai kemudahan yang sistematik dalam memastikan kesejahteraan jemaah Haji Malaysia.

Mesti anda tertanya-tanya pelaburan manakah lebih menguntungkan?

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Dividen

Tahun ASB Tabung Haji
2015 7.25% 5%
2016 6.75% 4.25%
2017 7.0% 4.5%
2018 6.5% 1.25%
2019 5% 3.05%
2020 4.25% 3.10%
Kadar Peratusan Pulangan Dividen

 

Graf Peratusan Pulangan Dividen

Melalui graf diatas, anda dapat lihat kadar pulangan dividen yang ditetapkan oleh ASB dan Tabung haji pada tahun 2015 sehingga 2020. Secara jelasnya, kadar pulangan dividen pelaburan ASB lebih tinggi berbanding Tabung Haji

Perbezaan yang sangat ketara. Dimana, kadar perbezaanya sebanyak 1.15% dan kadar perbezaan yang agak tinggi iaitu 5.25% ada tahun 2018.

Struktur Instrumen

Diantara ASB dan Tabung Haji, kedua duanya adalah instrumen yang sangat terkenal dikalangan masyarakat untuk pelaburan. Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang mengasingkan kebolehan 2 instrumen  ini dan anda perlu ketahui sebelum membuat simpanan.

Tabung Haji ialah sebuah organisasi atau institusi yang memberi kemudahan kepada para pendeposit untuk mengumpulkan wang dalam menunaikan ibadah Haji.

ASB pula ialah institusi yang cuma memfokuskan pelaburan wang demi meningkatkan ekonomi individu dan ekuiti bumiputera.

ASB sangat terkenal dikalangan masyarakat dan menjadi platform utama.

Zakat Simpanan

Berdasarkan daripada Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang deposit bagi Tabung Haji tidak lagi diperlukan untuk pengeluaran zakat pada Mei 1979. Ini bermakna pendeposit Tabung Haji tidak perlu untuk membayar zakat kerana zakat simpanan ini telah ditolak secara automatik dari akaun masing-masing.

Kaedah embayaran zakat simpanan ini berbeza untuk ASB dimana pendeposit bagi pemegang akaun ASB perlu mengeluarkan bayaran zakat mengikut kadar yang ditetapkan setelah mencapai tempoh dan nisbah yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, keuntungan ASB dan Tabung Haji adalah sama. Namun, oleh kerana ASB dikenakan bayaran zakat simpanan selepas keuntungan pendeposit jadi lebih jelas Tabung Haji memberi keuntungan kepada pendeposit.

Contoh:

Tahun Modal Keuntungan Untung Baki selepas dividen Zakat simpanan 2.50% Baki akhir
2016 RM50,000 6.75% RM3,375 RM53,375 RM1,334.38 RM52,040.625
2017 RM52,041 7.00% RM3,643 RM55,683 RM1,392.09 RM54,291.382
2018 RM54,291 6.50% RM3,529 RM57,820 RM1,445.51 RM56,374.814
2019 RM56,375 5% RM2,819 RM59,194 RM1,479.84 RM57,713.716
2020 RM57,714 4.25% RM2,453 RM60,167 RM1,504.16 RM58,662.385
Keuntungan ASB dalam masa 5 tahun.

 

Tahun Modal Keuntungan (%) Untung Baki selepas dividen Zakat simpanan Baki akhir
2016 RM50,000 4.25% RM2,125 RM52,125 RM52,125
2017 RM52,125 4.50% RM2,346 RM54,471 RM54,471
2018 RM54,471 1.25% RM681 RM55,152 RM55,152
2019 RM55,152 3.05% RM1,682 RM56,834 RM56,834
2020 RM56,834 3.10% RM1,762 RM58,595 RM58,595
Keuntungan Tabung Haji dalam masa 5 tahun.

 

Jumlah keuntungan yang diperoleh melalui ASB dan Tabung Haji tidak mempunyai kadar perbezaan yang tinggi iaitu di ASB pelabur memperoleh RM58,662.385. Manakala, para pelabur memperoleh RM58,595 sebagai keuntungan di Tabung Haji.

Meskipun begitu, nilai peratusan keuntungan yang disediakan oleh ASB adalah jauh lebih tinggi berbanding tabung Haji kerana para pelabur di ASB hendaklah membayar zakat simpanan mereka sendiri.

Konklusi

Rumusannya, ASB dan Tabung Haji mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Akan tetapi ASB menyediakan kadar pulangan keuntungan yang lebih tinggi berbanding Tabung Haji cuma pulangan tersebut belum ditolakkan dengan kadar zakat simpanan.

Jadi, amat disaran kepada semua pendeposit agar mengambil kira semua aspek pelaburan. Sebenarnya, berbagai instrumen pelaburan sememangnya baik cuma pendeposit haruslah yakin dengan objektif pelaburan sendiri.

Leave a Comment