Borang Permohonan BKM Boleh Dimuat Turun Disini | Tamat 31 Januari

Borang Permohonan BKM 2022 – Download Sekarang

Anda kini boleh mohon Bantuan Keluarga Malaysia secara manual dengan memuat turun Borang Permohonan BKM.

Permohonan dan kemaskini perlu dibuat sebelum 31 Januari 2022 ini.

Jangan lupa untuk bookmark website ini untuk ketahui jadual pembayaran BKM 2022 yang lengkap.

Borang BKM 2022

Sila download Borang (BK-01) di sini :

Borang Permohonan

Bagaimana Cara Memohon BKM Secara Manual?

1. Download dan cetak borang permohonan.

2. Isi dengan lengkap setiap maklumat yang diperlukan.

3. Anda boleh hantar borang tersebut bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ke kaunter-kaunter berikut:

    • Cawangan LHDNM/ Pusat Satelit (PS)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH); atau
    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
    • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
    • Pejabat Daerah/ Pejabat Residen.

4. Atau anda boleh hantar secara Pos ke alamat :

Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor

P/s : Penghantaran mengunakan e-mel dan faks tidak akan diterima.

5. Dokumen yang diperlukan sila rujuk gambar di bawah:

Dokumen sokongan bkm

Soalan Lazim

1. Saya dah hantar borang permohonan secara manual ke cawangan LHDN, adakah saya boleh kemas kini semula permohonan secara online?

    • Tidak. Permohonan baru anda telahpun diproses. Sebarag kemas kini secara oline tidak dibenarkan. Sila kemas kini ke cawangan tersebut dengan mengisi borang Permohonan yang baru.

Untuk urusan supaya lebih ringkas dan mudah sila mohon dan buat semakan secara atas talian.

Leave a Comment