Semak Kelayakan RMT | Buat Rayuan Jika Gagal

RMT atau rancangan makanan tambah telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1979. RMT ini bertujuan untuk memberikan makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Kelayakkan Pemilihan Murid Rancangan Makanan Tambahan RMT

    • Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar).
    • Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan
    • Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.
Wilayah Miskin Miskin Tegar
Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM) Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM)
Semenanjung Malaysia 930 230 580 140
Sabah & Sarawak 1170 250 710 150
Labuan 990 240 660 160

Kadar Peruntukan RMT Bagi Murid Semenanjung & Sabah Sarawak

Pelaksanaan RMT ini akan dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 190 hari persekolahan dengan dana sebanyak RM2.50 setiap murid setiap sehari di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 bagi setiap murid sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid Tahun 1 dan murid cicir, RMT akan diberikan bermula hari pertama persekolahan bagi bulan Februari tahun semasa.

Mengapa Ada Yang Gagal?

KPM mengalakkan bagi keluarga yang mempunyai anak yang tidak layak menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan untuk membuat rayuan.

Berdasarkan kenyataan KPM, Jawatankuasa RMT mempertimbangkan rayuan tersebut.

“Mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima RMT tetapi merasakan mereka tidak mampu atas alasan tertentu boleh mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing,” 

Syarat kelayakkan murid boleh dianggap tidak relevan pada hari ini. Syarat yang dipertimbangkan adalah syarat pada tahun 2014.

“Justeru, ada kemungkinan sebahagian murid tidak menerima bantuan tahun ini disebabkan perubahan dalam pendapatan ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Bagaimanapun Kementerian Pendidikan menasihatkan ibu bapa atau penjaga murid terbabit supaya mengemukakan rayuan untuk pertimbangan khas,”

“Kementerian Pendidikan sentiasa bersedia untuk menghulurkan sokongan kepada murid-murid yang benar-benar memerlukan bantuan termasuk RMT.

JawatanKuasa RMT

Jawatankuasa Bantuan Murid ditubuhkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan program. Di peringkat JPN dan PPD/PPW, seorang pegawai dilantik sebagai penyelia kebajikan sebagai penghubung antara pihak KPM dengan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program RMT.

Manakala diperingkat sekolah pula, Jawatankuasa Bantuan Murid dipengerusikan oleh Guru Besar dan pelaksanaan RMT diuruskan oleh guru yang dilantik sebagai Guru Penyelaras RMT.

Semata-mata bagi menyusun dan menjadi bahan rujukan Buku Panduan Pengurusan RMT telah diwujudkan dan diedarkan ke semua sekolah yang terlibat dan mengandungi Standard Prosedur Pengoperasian yang meliputi keseluruhan proses yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2/2016.

 

 

Leave a Comment